Categories

Hay Day – Ganjaran derbi | Hay Day – Bahasa Melayu

Setelah ahli kejiranan melengkapkan tugas derbi dan mengumpul mata, ganjaran ladam kuda baharu akan dibuka kunci.

Untuk setiap ladam kuda yang anda peroleh, anda boleh memilih satu daripada tiga hadiah dalam setiap lajur di akhir perlumbaan derbi. Anda boleh dapat dari 1 sehingga 9 hadiah yang berlainan bergantung pada liga semasa yang anda sertai. Selain itu, jika anda menamatkan perlumbaan di 3 tempat teratas, anda akan mendapat hadiah tambahan!

Anda mempunyai pilihan untuk rombak semula set ganjaran di penghujung perlumbaan derbi sebelum anda menuntutnya. Jika anda ingin menyimpan sesetengah ganjaran, pilih ia sebelum menekan butang rombak semula. Ingat bahawa rombak semula akan memerlukan permata.

Saya tidak mendapat ganjaran dari derbi!

Jika anda tidak dapat menuntut sebarang ganjaran derbi, yang berikut ialah sebab ini boleh berlaku:

Anda meninggalkan kejiranan sebelum debi tamatAnda tidak menyelesaikan sekurang-kurangnya satu tugas derbiKejiranan anda tidak mengumpul mata yang mencukupi untuk membuka kunci ganjaran ladam kuda