Ini sedikit petua untuk merekrut rakan klan baharu:
- Tambah rakan Facebook, Game Center atau Google Play anda. Hanya ketik butang trofi, pilih tab Rakan, pilih rakan anda dan kemudian, ketik “jemput” (Jangan lupa bahawa anda hanya boleh menjemput pemain yang belum ada dalam klan)
- Lawati Halaman Forum dan Facebook kami – di sini anda akan menemui ramai orang mencari klan untuk disertai! Terdapat juga sejumlah tapak komuniti untuk merekrut, sepertiReddit.
- Gunakan Bual Global permainan untuk merekrut ahli baharu. Walau bagaimanapun, sila berjaga-jaga bahawa jika anda menggunakan Bual Global untuk merekrut terlalu banyak kali, anda mungkin dilaporkan oleh pemain lain.