Sarjan Brick akan dibuka kunci sebaik sahaja anda mencapai ibu pejabat tahap 4 dan membaiki pondok terbiar menjadi Pondok Wira. Kesemua wira memiliki dua jenis penyerangan: Faedah Wira dan tiga Keupayaan Wira.
Faedah Wira:
Setiap kali dia menyasar pada target baru, dia akan melontarkan grenad. Menaik taraf wira akan meningkatkan tahap kerosakan yang diakibatkan grenad. Dia melakukan serangan ini secara automatik.
Keupayaan Wira:
Anda hanya boleh membawa satu keupayaan wira ke pertempuran pada satu masa.
GRENAD KELOMPOK: Sarjan akan melontar kelompok grenad yang kemudiannya akan meletup menjadi grenad-grenad kecil.
Menaik taraf keupayaan ini meningkatkan kerosakan diakibatkan grenad awal dan grenad kelompok.
SEMANGAT WAJA: Askar menerima pengurangan kerosakan untuk satu tempoh.
Menaik taraf keupayaan ini meningkatkan tempoh kesan keupayaan, dan jumlah pengurangan kerosakan yang diberi.
ABA-ABA: Askar bergerak lebih laju dan melakukan kerosakan lebih besar untuk satu tempoh.
Menaik taraf keupayaan ini meningkatkan bonus untuk kelajuan pergerakan dan kerosakan serangan askar.
Anda memerlukan Token Wira untuk menaik taraf keupayaan ini, dan menggunanya dalam pertempuran akan menggunakan tenaga bot pembedil anda.