Kami semua di sini untuk menikmati permainan ini bersama. Ada kalanya ini boleh bermaksud bertengkar dengan kawan disebabkan derbi atau kalah dalam pertempuran. Itu tak mengapa, tapi berkelakuan kesat terhadap pemain lain akan mengurangkan keseronokan permainan.Apabila berkomunikasi di dalam mana-mana permainan, kami ingin meminta anda menghormati pemain lain. Ini juga terpakai kepada bahasa yang digunakan dalam nama dan perihalan pasukan anda.Sini adalah beberapa perkara yang kami menganggap tidak sesuai:
- Kata-kata benci, bahasa perkauman dan diskriminasi lain
- Gurau senda bersifat lucah atau seksual
- Ancaman atau gangguan
- Kata-kata kesat yang melampau
- Membuli
Jika anda menemui pemain lain yang berkelakuan kesat terhadap anda atau orang lain, sila maklumkan kami dengan menggunakan butang melapor di dalam ruang bual. Laporan akan disemak oleh moderator terlatih kami yang akan mengambil tindakan sewajarnya. Secara puratanya, kami memerlukan masa sehingga 48 jam sehingga sesebuah laporan disemak dan tindakan diambil.Akibat salah laku: Kelakuan kesat boleh menyebabkan penutupan akaun permainan sementara atau kekal. Sama juga bagi yang membuat laporan palsu.