Adakah anda kehilangan akaun anda? Kami ingin membantu anda mendapatkannya semula secepat mungkin, jadi sila lihat bahagian di bawah untuk bantuan yang sepadan dengan keadaan anda. Anda mungkin boleh mendapatkannya semula dengan lebih cepat sendiri!
Kami cadangkan untuk memastikan permainan anda disimpan pada Supercell ID, atau sekurang-kurangkan pada Game Center dan/atau Google Play.
AMARAN: Jika anda memuatkan beberapa akaun pada satu peranti, anda mungkin kehilangan akses kepada satu atau lebih akaun dalam proses itu!
NOTA: Percubaan menuntut akaun orang lain akan mengakibatkan tindakan disiplin.
SAYA TELAH DISAMBUNGKAN KE SUPERCELL ID TETAPI GAGAL MENDAPATKAN SEMULA AKAUN SAYA
Jika anda tidak pasti emel mana yang anda gunakan untuk sambung pada Supercell ID:
- Cari akaun emel anda untuk sebarang mesej yang menyebut Supercell ID. Inilah caranya anda boleh ketahui emel mana yang anda gunakan untuk mendaftar diri.
- Apabila anda ketahui emel mana yang anda guna untuk mendaftar diri, masuk ke Tetapan dalam permainan, ketik pada “Nyahsambung” dan log masuk.
Jika anda hilang akses kepada alamat emel yang disambungkan pada Supercell ID, lihat di bawah (“SAYA MASIH TIDAK TAHU APA HARUS DILAKUKAN”).
SAYA TELAH DISAMBUNGKAN KE GAME CENTER TETAPI TIDAK BOLEH MENDAPATKAN SEMULA AKAUN SAYA
1) Log masuk ke Game Center menggunakan alamat e-mel asal yang disambungkan dengan akaun permainan anda. Untuk berbuat demikian, pergi ke tetapan peranti anda > Game Center > ID Apple.
2) Setelah anda dapat melog masuk ke Game Center/ID Apple yang betul, permainan akan menggesa mesej meminta anda memuatkan akaun yang betul. Jika anda masih gagal mendapatkan semula akaun anda yang hilang menggunakan alamat yang digunakan sekarang, kemungkinan ini bukan alamat yang betul.
SAYA DISAMBUNGKAN KE GOOGLE PLAY TETAPI GAGAL MENDAPATKAN SEMULA AKAUN SAYA
1) Pastikan anda telah menambahkan akaun Google Play yang betul pada peranti anda.
2) Dalam Tetapan dalam permainan, ketik pada butang merah Google Play. Ini akan menggesa skrin yang meminta anda memuatkan akaun yang betul. Kenal pasti data yang terpapar di situ (nama akaun, tahap dan kali terakhir permainan dimainkan) dan pilih kampung utama anda.
Jika anda tidak dapat mengakses akaun Google ini lagi, sila lawati
perkhidmatan pemulihan akaun Google.
SAYA MASIH TIDAK TAHU PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN, TOLONG!
Jika begitu, tekan butang “TIDAK” besar berwarna merah di bawah dan balas dengan maklumat berikut:
1. Nama Pengguna sebenar dan Nama Regu akaun anda yang hilang (dan tag pemain jika boleh)
2. Tahap XP yang tepat bagi akaun anda yang telah hilang
3. Terangkan bagaimana anda kehilangan akaun
4. Berapa banyak Brawler yang telah anda buka kunci?
5. Bilakah anda membuka kunci Brawler terakhir dan bagaimana?
PENTING: Peranti yang tidak menyokong Google Play tidak boleh digunakan untuk membuat sandaran akaun anda.
Brawl Stars tidak menyokong emulator; anda tidak akan boleh mendapatkan kembali akaun anda yang telah hilang jika anda bermain menggunakan Windows, Blackberry, Nokia X-series, Kindle HD atau apa-apa platform lain yang tidak disokong oleh permainan ini.