Categories

Hay Day – Mengelak dan Menguruskan Pembelian Dalam Aplikasi | Hay Day – Bahasa Melayu

Semua permainan kami percuma untuk dimuat turun. Tetapi, sila maklum bahawa permainan kami juga menawarkan pilihan “pembelian dalam aplikasi”. Pembelian ini tidak diperlukan untuk bermain permainan ini, tetapi boleh digunakan untuk mempertingkat beberapa elemen permainan. Harga pembelian dalam aplikasi berbeza-beza. Contohnya, julat harga di App Store A.S. adalah dari $0.99 hingga $99.99 (tanpa cukai).

Pembelian dalam aplikasi dibayar dengan wang sebenar dan selalu dilabelkan dengan jelas. Ia boleh diakses dalam permainan, bermaksud pilihan untuk membuat pembelian boleh ditemui dalam permainan itu.

Penting: Anda boleh menguruskan hak pembelian dalam aplikasi, melaraskan tetapan perlindungan kata laluan atau melumpuhkan pembelian dalam aplikasi sepenuhnya melalui tetapan umum peranti mudah alih anda dengan mudah. Cara melakukan ini bergantung kepada sama ada anda menggunakan peranti Apple iOS, seperti iPhone atau iPad ataupun peranti Google Android. Mana-mana cara pun, arahan yang anda perlukan ada di sini:

Tetapan dalam aplikasi peranti iOS Apple Tetapan dalam aplikasi peranti Google Android