Categories

Hay Day – Jalan Pas Ladang | Hay Day – Bahasa Melayu

Semasa Pas Ladang bermula, Anak Ayam yang comel akan melarikan diri dari rumah kecil. Anda perlu mengetik rumah anak ayam untuk membuka menu Pas Ladang.

Anda akan nampak tiga tab iaitu tab Matlamat, jalan Pas dan Faedah di menu Pas Ladang. Terdapat dua sisi jalan di tab jalan Pas iaitu jalan Percuma dan jalan Pas Ladang. Ia memaparkan semua ganjaran yang boleh anda peroleh dalam musim Pas Ladang semasa dan menunjukkan kemajuan anda sepanjang musim.

Jalan Percuma

Semua orang boleh mengakses jalan Percuma iaitu bahagian bawah jalan Pas Ladang. Anda boleh mendapat ganjaran seperti salah satu Faedah, mata XP, Syiling, Bahan Peluasan Tanah, Permit, Kepingan Susun Suai Gambar dan banyak lagi!

Jalan Pas Ladang

Jika anda membeli Pas Ladang, anda boleh mengakses bahagian atas eksklusif di jalan yang penuh dengan lebih Faedah, Anak Ayam dan aksesori haiwan – Topi!

Apakah itu Faedah?

Faedah meningkatkan pengalaman permainan anda. Sekarang, terdapat 10 jenis Faedah dan akan kekal sepanjang musim Pas Ladang selepas dikumpul!