
Berdekatan bangunan Kejiranan anda, terdapat papan permintaan yang nampak seperti rumah burung. Di situ, anda boleh meminta item daripada jiran dalam Kejiranan anda!
Ketik papan permintaan dan anda akan nampak 2 tab:
Tab permintaan:
Minta daripada jiran atau derma kepada jiran anda dan semak permintaan anda dan jiran anda!
Tab maklumat:
Jejak semua statistik kejiranan anda dari minggu lepas. Anda boleh mendapat gelaran dermawan yang berbeza mengikut statistik anda!
Hanya ketik papan permintaan dan pilih butang permintaan untuk meminta item.
Jika anda cuba membuat permintaan baharu, jangan lupa mengambil item yang didermakan oleh jiran anda dari patio Kejiranan. Ia terletak di halaman berturap yang indah di sebelah rumah Kejiranan!
Perkara berguna
Had Permintaan
Terdapat had untuk bilangan item yang boleh anda minta dalam setiap permintaan:
Tanaman: maksimum 10
Produk: maksimum 5
Alatan, Bahan Perluasan & Naik Taraf: maksimum 3
Umpan: maksimum 3
Masa Menunggu Permintaan
Selepas meminta, terdapat 8 jam masa menunggu sebelum permintaan baharu boleh diletakkan pada papan! Jika anda perlu meminta sebelum itu, gunakan permata sebagai permintaan tambahan.
Manfaat Derma
Menderma kepada jiran akan memberikan anda mata XP. Anda boleh menderma sehingga 40 item setiap hari, banyaknya XP!