
Acara Global membolehkan pemain dari seluruh dunia memenangi ganjaran global dengan mencapai matlamat yang sama bersama seluruh komuniti! Acara sedemikian biasanya berlangsung selama beberapa hari.
Sebelum mendapat akses ke Matlamat Acara Global, anda perlu mencapai Matlamat Acara Peribadi yang ditanda dengan ikon biru khas dahulu.
Selepas mendapat akses, anda akan nampak pengira dengan semua mata yang dikumpul oleh semua pemain dan ini dikemas kini dalam masa nyata.
Syarat untuk menyertai Acara Global
Anda perlu mencapai sekurang-kurangnya ladang tahap 9 untuk menyertai Acara Global.Sesetengah acara memerlukan tahap ladang lebih tinggi.Cth. Bot dibuka pada ladang tahap 17, jadi anda perlu membuka dahulu ciri bot dalam permainan supaya dapat menyertai acara mengisi pesanan bot.
Ganjaran
Matlamat Acara Peribadi yang anda buka akan memberikan ganjaran:
PermataBaucarBekalanPenggalak
Jika anda bersama komuniti global dapat mencapai Matlamat Acara Global, Datuk Bandar akan menghantar Alfred, abang posmen untuk menghantarkan satu ganjaran kepada semua pemain yang menyumbang!
Mata
Semua mata yang anda sumbangkan untuk mencapai Matlamat Peribadi juga akan dikira bagi Matlamat Acara Global. Jika anda sudah membuka semua Matlamat Peribadi, teruskan menyumbang kerana mata tambahan ini masih akan dikira bagi Matlamat Acara Global!
Jenis Acara Global
Mengisi pesanan bot/trak
Menangkap IkanMembantu pemain lainMelayan pelawat bandar