Categories

Hay Day – Acara Biasa | Hay Day – Bahasa Melayu

Acara ialah aktiviti masa terhad yang membenarkan pemain mengambil bahagian dan menerima bonus, penggalak atau ganjaran. Papan acara akan menunjukkan acara yang sedang berjalan dan jika tiada acara yang aktif pada masa itu, tiada apa yang akan dipaparkan. Ladang anda perlu berada di tahap 9 untuk mengambil bahagian dalam acara.

Acara bonus memberi pemain item tambahan seperti syiling, mata pengalaman, mata reputasi, bahan-bahan, baucar, penggalak, permit perluasan atau kepingan susun suai gambar. Acara galakan akan mempercepatkan pertumbuhan tanaman dan pengeluaran mesin.

Berikut merupakan acara-acara yang anda mungkin boleh temui dalam permainan:

Bonus dan galakan tanamanGalakan pengeluaranBonus botBonus Putaran NasibBonus trakBonus pelawat bandar Bonus pelawat ladang

Semak kalendar mingguan setiap Ahad dalam berita di dalam permainan dan di laman media sosial rasmi kami untuk ketahui acara akan datang!