
Acara istimewa adalah unik dalam permainan, ia tidak akan muncul sekerap acara lain. Tetapi, acara-acara ini akan memberi anda peluang untuk mendapat ganjaran hebat dengan mudah atau mengosongkan penyimpanan hiasan anda.
Jualan Halaman ialah acara yang membenarkan anda menjual hiasan tertentu kepada pelawat ladang. Semasa acara ini, pelawat ladang akan muncul secara rawak di ladang dan meminta untuk membeli hiasan tertentu daripada anda. Ingat yang pelawat hanya akan meminta hiasan itu jika anda memiliki 3 atau lebih hiasan yang sama di dalam penyimpanan anda.
Acara Kalendar Greg biasanya berlangsung pada musim perayaan. Dalam tempoh acara ini, kotak hadiah akan diletakkan di ladang Greg untuk pemain membukanya setiap hari mengikut susunan nombor. Anda mungkin akan menemui hiasan bermusim dalam kotak hadiah!