Categories

Hay Day – Pesanan Bot | Hay Day – Bahasa Melayu

Bot dibuka di ladang tahap 17. Selepas anda membaiki dok, anda akan nampak sebuah bot sampai dengan beberapa pesanan yang perlu diselesaikan. Pesanan bot ialah permintaan yang meminta tanaman dan produk lain, dibahagikan kepada beberapa krat yang perlu diisi.

Menyelesaikan pesanan-pesanan itu dalam masa terhad akan membawakan anda longgokan ganjaran!

Ganjaran

Apabila anda mengisi krat, anda akan mendapat syiling dan XP. Isi semua krat dan menghantar bot akan memberikan anda ganjaran XP tambahan, baucar rawak dan mata papan pendahulu (lagi cepat anda mengisi seluruh penghantaran, lagi banyak mata papan pendahulu yang akan diperoleh).

Penghantaran istimewa mengandungi lebih banyak ganjaran tambahan seperti kepingan susun suai gambar atau permit peluasan (semasa acara bot berlangsung)!

Membantu Rakan

Jika anda memerlukan bantuan untuk menyelesaikan pesanan yang rumit, anda boleh meminta bantuan rakan dengan mengetik butang “Minta bantuan” pada krat!

Bagi setiap bot, anda boleh minta sehingga 3 bantuan umum dan 1 bantuan kejiranan eksklusif. Permintaan bantuan akan ditunjukkan dengan tanda seru pada krat. Jika anda ingin membantu krat pemain lain, anda cuma perlu melawat ladang mereka dan cari krat yang ada tanda seru.

Permintaan Bantuan Tambahan

Faedah ladang ‘bantuan bot tambahan’ dan ‘permintaan kejiranan tambahan’ membolehkan anda meminta bantuan tambahan daripada pemain lain atau kejiranan untuk pesanan bot anda. Faedah ini kekal sepanjang Musim Pas Ladang.