Categories

Hay Day – Sistem Permintaan Kejiranan | Hay Day – Bahasa Melayu

Terdapat satu papan permintaan yang nampak seperti rumah burung berdekatan rumah kejiranan anda. Di situ, anda boleh meminta item daripada jiran di kejiranan anda!

Ketik papan permintaan dan anda akan nampak 2 tab:

Tab Permintaan

Minta daripada jiran atau derma kepada jiran anda dan semak permintaan anda dan jiran anda!

Tab Maklumat

Jejak semua statistik kejiranan anda dari minggu sebelumnya. Anda boleh mendapat gelaran dermawan yang berbeza mengikut statistik anda!

Ketik saja pada papan permintaan dan kemudian ketik butang permintaan untuk meminta item.

Jika anda cuba membuat permintaan baharu, jangan lupa mengumpul dahulu item yang didermakan oleh jiran anda dari patio kejiranan. Ia halaman berturap cantik yang ada di sebelah rumah kejiranan!