Categories

Hay Day – Tom | Hay Day – Bahasa Melayu

Tom ialah watak bukan pemain (NPC) yang melakukan kerja suruhan untuk pemain. Anda boleh mengupahnya untuk mencari item yang anda perlukan kecuali item untuk perluasan atau bangunan. Apabila anda buka kunci dia di ladang tahap 14, dia akan menawarkan percubaan selama 3 hari.

Tom boleh diupah dengan mengetik pada tempat dia di tepi jalan. Pemain boleh membeli perkhidmatannya menggunakan permata:

15 permata untuk perkhidmatan 1 hari60 permata untuk perkhidmatan 5 hari100 permata untuk perkhidmatan 10 hari

Kadang kala atau apabila perkhidmatannya tamat, dia akan memegang belon kuning dengan ikon ‘%’ padanya. Ini bermakna anda boleh mengupahnya pada diskaun istimewa.

Pemain boleh juga guna galakan ‘upah Tom secara percuma’ untuk mengupah Tom. Tempoh perkhidmatan mungkin berbeza bergantung pada bintang penggalak itu, dari 3 ke 25 jam.

Membeli item

Tom akan sentiasa mencari harga terendah dan memberi tiga pilihan:

1 hingga 3 item itu4 hingga 6 item itu7 hingga 9 item itu

Selepas anda bersetuju dengan tawaran itu, dia akan pergi ambil item itu dan kembali dalam beberapa saat. Tetapi, jika anda menolak semua tawaran itu, Tom akan berehat untuk 2 minit sebelum dia boleh memulakan pencarian lagi. Sila ingat yang dia akan tidur selama dua jam selepas setiap kerja suruhan.

Perhatian

Pemasa Tom akan dijeda semasa rehat penyelenggaraan. Ini adalah untuk memastikan rehat penyelenggaraan tidak akan membuat anda kehilangan masa dengan Tom. Pemasa akan mula secara automatik sebaik sahaja penyelenggaraan tamat.