Categories

Hay Day – Alfred si posmen | Hay Day – Bahasa Melayu

Alfred ialah watak bukan pemain (NPC) yang bertindak sebagai posem dalam permainan ini. Dia menghantar surat terima kasih kepada peti mel pemain setiap hari pada waktu 12:00 AM UTC. Ladang tahap 15 diperlukan untuk membuka kunci Alfred.

Pemain boleh menghantar nota penghargaan kepada peladang lain yang membantu mereka dengan pesanan bot, melayan pelawat bandar atau mereka yang membantu memulihkan pokok dan semak kering. Surat ini akan dihantar oleh Alfred sekali sehari, dan anda mungkin mendapat kad hadiah kejutan (pautan ke artikel mata wang kad hadiah) di dalam.

Alfred juga menghantar pakej yang dibeli dari katalog, hadiah kejutan dari permainan dan pakej ganjaran dari Datuk Bandar pada penghujung acara global (pautan ke artikel acara global). Dia akan meninggalkan pakej hadiah di sebelah kiri rumah ladang dan anda boleh klik pada pakej untuk membuka kandungan di dalam. Peti mel: Peti mel hanya boleh mengandungi sehingga 40 kad hadiah. Alfred tidak akan menghantar surat jika had telah dicapai. Ketika peti mel sudah penuh, pemain boleh melihat surat jatuh ke tanah di sekitar peti mel. Untuk menerima lebih banyak surat dari Alfred, pemain perlu menggunakan kad hadiah tersedia untuk menukar pakej misteri.