Categories

Hay Day – Dewan Bandaran | Hay Day – Bahasa Melayu

Membaiki Dewan Bandaran akan membolehkan anda menjejak pelawat. Tahap Dewan Bandaran akan menentukan kapasiti maksimum pelawat di bandar anda. Jika anda ingin tahu siapa pergi ke mana dan apa yang dilakukannya, ketik saja pada Dewan Bandaran dan senarai penuh pelawat masa itu akan ditunjukkan, diisih mengikut tab berikut:

SemuaMelahuMenungguSedang dilayanSelesaiSedia beredar

Menaik taraf Dewan Bandaran anda membolehkan anda menempatkan lebih ramai pelawat, sehingga kapasiti maksimum 42 pelawat. Ketik pada Dewan Bandaran dan anda akan nampak “kapasiti pelawat” yang menunjukkan bilangan pelawat yang berada di bandar dan jumlah pelawat yang ada. Anda akan memerlukan blok batu, penukul dan baldi cat untuk menaik taraf Dewan Bandaran.