Categories

Hay Day – Kereta Api Peribadi | Hay Day – Bahasa Melayu

Kereta api peribadi anda dibuka kunci pada reputasi tahap 4 dan kos pembaikannya ialah 13000 syiling. Kereta api kecil di sebelah kanan stesen kereta api ini boleh mengambil pelawat dari platform Greg dan rakan kejiranan anda. Ketik pada kereta api untuk melihat berapa ramai pelawat menunggu di platform itu.

Ambil pelawat

JIka anda membuat keputusan untuk menjemput pelawat dari jiran, ketik pada avatar jiran dan anda akan dibawa ke bandarnya. Kemudian ketik pada stesen kereta apinya untuk melihat tetingkap pop timbul yang menunjukkan senarai pelawat dan bangunan perkhidmatan yang mereka ingin lawati. Pilih yang anda ingin jemput dan gunakan ikon kereta api pada bahagian bawah sebelah kanan tetingkap untuk melihat pelawat jiran lain yang sedang menunggu jika anda mahu.

Apabila anda sudah bersedia, jangan lupa untuk mengetik butang kereta api hijau pada bawah sebelah kiri bawah skrin utama untuk menghantar pelawat ke bandar anda. Sekarang ia waktu penyelenggaraan untuk kereta api peribadi, selepas itu anda boleh menghantarnya keluar lagi.

Naik taraf kereta api peribadi

Kereta api peribadi boleh dinaik taraf dengan arang batu kilang dan batang logam. Terdapat dua pilihan naik taraf:

Naik taraf kapasiti pelawat (ambil lebih ramai pelawat, sehingga 10, dari jiran dalam setiap perjalanan)Mengurangkan masa penyelenggaraan (sehingga minimum 1.5 jam)

Perhatian:

Kadang kala anda tidak boleh mengambil lebih pelawat walaupun terdapat ruang bilik dalam kereta api peribadi anda kerana bilangan pelawat yang anda boleh jemput juga terhad mengikut kapasiti maksimum Dewan Bandaran anda.

Anda hanya boleh melayan pelawat yang anda ambil dari jiran anda sekali sahaja.

Jika Kereta Api EGGspress tiba sebelum anda pergi ke bandar jiran anda, ia akan mengambil semua pelawat dari platform dan membawa pelawat pulang.