Categories

Hay Day – Tempat Perlindungan Haiwan Liar | Hay Day – Bahasa Melayu

Tempat perlindungan haiwan liar terletak di seberang sungai di kawasan bandar anda dan dibuka pada tahap reputasi 3. Untuk mengaksesnya, anda perlu membuka kawasan peluasan yang disambungkan kepada tempat perlindungan itu.

Bagaimana mendapat haiwan tempat perlindungan?

Di tepi sungai, terdapat sebuah buku tempat perlindungan berwarna biru di atas sebuah meja. Baiki meja itu dan buka buku untuk mendapatkan haiwan tempat perlindungan anda yang pertama secara percuma! Untuk membuka lebih banyak haiwan, anda perlu mengumpul kepingan susun suai gambar. Setiap haiwan memerlukan 36 kepingan susun suai gambar. Anda boleh semak kemajuan dalam buku tempat perlindungan. Kepingan susun suai gambar boleh ditemukan di:

Kedai desaGanjaran ladam kuda derbiKotak-kotak misteriPutaran nasibBot dengan ganjaran kepingan susun suai gambar

Terdapat sejumlah 26 haiwan, 2 dewasa dan 2 anak bagi setiap haiwan berikut:

Zirafah

Badak air

Gajah

Kuda belang

Gorila

Rusa kutub

Musang artik (hanya dewasa)

Selepas anda mengumpul kesemua kepingan susun suai gambar untuk haiwan kedua bagi spesies yang sama, anda cuma perlu menaik taraf rumah haiwan secara percuma untuk mendapatkan haiwan itu di tempat perlindungan anda. Cara mendapatkan anak haiwan adalah sama dengan cara mendapatkan haiwan dewasa, cuma anda perlu memiliki kedua-dua haiwan dewasa yang sama jenis untuk membuka kunci anak haiwan yang sama jenis.

Beri makan haiwan tempat perlindungan

Anda boleh memberi berkas gandum kepada haiwan tempat perlindungan. Makanan ternak dibuat daripada 75 unit gandum dan dihasilkan di dalam pengisar makanan di ladang anda. Pastikan anda pergi ke halaman kedua inventori produk pengisar makanan untuk mencari berkas gandum untuk menghasilkannya!

Pelawat bandar dan tempat perlindungan haiwan

Selepas anda membuka tempat perlindungan, sesetengah pelawat anda mungkin mahu tengok haiwan tempat perlindungan selepas anda melayan mereka di dalam semua bangunan yang mereka ingin pergi dahulu. Kemudian, mereka akan pergi ke tempat perlindungan, tengok haiwan dan meninggalkan ganjaran tambahan berdekatan meja untuk anda.

Sesetengah pelawat mungkin mahu tengok haiwan yang anda belum miliki. Jangan risau, mereka akan naik kereta api dan pulang seperti biasa.