Categories

Hay Day – Bangunan Pengeluaran | Hay Day – Bahasa Melayu

Bangunan pengeluaran ialah mesin yang digunakan untuk membuat semua produk berbeza yang tersedia di dalam permainan. Setiap bangunan dibuka kunci di tahap ladang berbeza. Pemain boleh temui bangunan pengeluaran sama ada di ladang atau di sekitar tasik memancing.

Semua bangunan pengeluaran di ladang boleh dibeli menggunakan syiling di kedai. Kos setiap bangunan meningkat mengikut tahap ladang, sama juga bagi masa pembinaan. Jika pemain ingin mempercepatkan proses pembinaan, mereka boleh lakukannya menggunakan permata.

Menaik Taraf Bangunan

Setiap bangunan pengeluaran akan ada tiga slot pada permulaan. Pemain mempunyai pilihan untuk membuka kunci sehingga maksimum 9 slot bagi semua bangunan menggunakan permata. Diingatkan bahawa kos permata untuk buka slot tambahan meningkat mengikut setiap peluasan.

Penguasaan Bangunan

Penguasaan ialah galakan bangunan pengeluaran yang boleh dibuka kunci apabila pemain menggunakan mesin untuk menghasilkan item. Setiap kali pemain menghasilkan item menggunakan mesin, mereka memperolehi pengalaman dengan mesin tersebut yang disukat mengikut jam. Setelah mencapai target tertentu, satu bintang penguasaan akan diberi, sehingga maksimum 3 bintang.

Setiap bintang penguasaan memberi galakan yang berbeza seperti masa, syiling atau mata pengalaman. Rupa mesin mungkin berubah menjadi warna emas apabila ia mencapai penguasaan maksimum. Anda boleh memeriksa kemajuan semasa mesin dengan mengetik butang (i) di atas slot pengeluaran.