Untuk membuat produk seperti kek, mufin, cincin berlian atau mana-mana produk lain dalam permainan, anda memerlukan mesin pengeluaran dan semua bahan yang betul. Setiap mesin menghasilkan satu item pada satu-satu masa. Tetapi, anda boleh membariskan produk yang anda inginkan dalam slot yang tersedia.
Diingatkan bahawa sebaik sahaja suatu produk itu dibariskan, ia tidak boleh dibuang atau ditukar. Pastikan anda semak inventori anda sebelum membariskan suatu produk untuk mengelakkan bahan-bahan anda habis digunakan. Anda boleh tekan dan tahan produk yang anda hendak hasilkan untuk melihat bilangan bahan yang diperlukan. Jika anda mempunyai semua bahan diperlukan, heret produk ke dalam barisan pengeluaran dan mesin akan mula menghasilkannya.
Barisan pengeluaran saya penuh
Jika anda menerima mesej “barisan pengeluaran penuh” semasa slot pengeluaran bangunan kosong, ini bermakna anda mempunyai terlalu banyak produk di atas meja bangunan. Jika ini kesnya, anda perlu mengalihkan produk ini ke bangsal sebelum menghasilkan lebih banyak produk. Jika bangsal anda penuh, cuba mempertimbangkan untuk naik tarafnya atau jual beberapa item di gerai tepi jalan anda. Apabila anda dapat mengumpul produk dari meja bangunan ke bangsal, anda akan dapat memulakan pengeluaran sekali lagi.