Categories

Hay Day – Perkara Asas | Hay Day – Bahasa Melayu

Apabila ladang anda mencapai tahap 31 dan anda telah melengkapkan 20 pencapaian, Maggie si Pembina akan datang ke ladang anda setiap Isnin dan singgah 3 hari. Meja kerjanya terletak dekat dengan papan permintaan bandar. Dia ada di sini untuk membantu anda menyesuaikan rumah ladang, gerai tepi jalan dan trak anda.

Setiap minggu, dia akan bawa pilihan rekaan rawak bagi setiap bahagian individu. Setiap pilihan mempunyai harga tersendirinya dalam bentuk syiling, permata atau baucar. Mereka akan disenaraikan dalam tab berbeza apabila anda mengetik meja kerjanya:

Rumah ladang: bumbung, dinding dan anjungGerai tepi jalan: sengkuap, krat dan tapakTrak: kabin, trailer dan roda

Jika tidak terdapat bahagian yang anda suka, anda boleh guna butang “stok semula” di bawah setiap bahagian itu menggunakan beberapa permata untuk lihat lebih pilihan.

Jika anda tidak pasti dengan rekaannya, anda boleh buat satu atau lebih pilihan untuk semak contoh di sebelah kanan untuk membantu anda buat keputusan. Selepas anda membuat keputusan, ketik pada butang “Bina” di bahagian bawah sebelah kanan, sahkan tindakan anda dan serahkan yang lain kepada Maggie.