Categories

Hay Day – Tentang Kawasan Memancing | Hay Day – Bahasa Melayu

Tasik memancing boleh dibuka kunci di ladang tahap 27 dengan membaiki bot memancing di ladang anda. Membaiki bot memancing memakan kos 35,000 dan apabila dibaiki, pemain boleh pergi ke kawasan memancing dengan mengetik padanya.

Apabila pemain melawat kawasan memancing buat pertama kali, Angus, watak bukan pemain (NPC) yang juga merupakan kawan kepada pakcik pemain akan mengalu-alukan mereka dan tunjukkan tutorial memancing kepada pemain. Dia akan bercakap dengan pemain sekali lagi untuk memperkenalkan Pembuat Jaring dan Salun Itik apabila mereka dibuka kunci. Angus juga akan membantu anda apabila perlu, sentuh Angus untuk melihat tutorial sekali lagi.

Menangkap Ikan

Memancing dalam permainan adalah mudah dan seronok! Tetapi ia menjadi lebih mencabar apabila anda bergerak ke kawasan memancing berlainan dan mula mengejar ikan yang jarang didapati.

Untuk bermula, cari kawasan memancing terbuka, ketik dan menahan umpan. Heret dan lemparkannya ke dalam air. Cuba menggerakkan umpan perlahan-lahan sekitar kawasan memancing untuk menarik perhatian ikan. Apabila ikan menggigit umpan, satu bulatan akan muncul sekitar kolam dan akan mula mengecil. Anda perlu mengekalkan ikan yang terjerat dalam bulatan dengan menggerakkan kail dalam arah bertentangan ikan berenang.

Jika anda boleh mengekalkan ikan di dalam bulatan sehingga ia mengecil, anda akan dapat membuat tangkapan dan ia akan direkodkan dalam buku skrap. Jangan risau akan ikan yang terlepas, anda boleh mencuba lagi sehingga mendapat tangkapan. Anda tidak akan kehilangan umpan jika ikan berjaya melepaskan diri. Tetapi jenis ikan yang mungkin anda tangkap itu telah terlepas.

Mengapakah ikan saya terlepas?

Memang agak mengecewakan apabila kehilangan ikan terutamanya apabila anda hampir-hampir berjaya menangkapnya. Bagaimanapun, kesukaran memancing dalam permainan meningkat apabila anda menggunakan umpan tertentu atau apabila anda mendapat spesis ikan yang jarang ditemui. Lebih jarang ikan itu, lebih sukar untuknya ditangkap kerana ia banyak bergerak dan boleh terlepas dari umpan. Apabila ikan telah berada di dalam bulatan hijau, pastikan anda tidak mengangkat jari dari skrin sehingga ikan melompat keluar dari air.