Categories

Hay Day – Buku Memancing | Hay Day – Bahasa Melayu

Buku memancing boleh diakses dengan mengetik pondok nelayan. Apabila anda membuka buku skrap, anda akan nampak koleksi ikan yang anda telah tangkap!

Terdapat 43 spesis ikan berbeza untuk ditangkap. Apabila anda menangkap jenis ikan baharu, kembali ke buku skrap ikan dan anda akan nampak gambarnya. Jika gambar ikan berkelip-kelip, itu bermaksud terdapat ganjaran yang boleh dikumpul!

Ganjaran

Ganjaran yang anda terima akan bergantung pada berat ikan!

Semakin berat tangkapan, semakin besar ganjaran:

Ikan kecil (Kategori gangsa): 1 PermataIkan bersaiz sederhana (Kategori perak): 2 PermataIkan besar (Kategori emas): 3 PermataIkan lagi besar (Kategori platinum): 4 Permata


Perkara berguna

Bayangan Umpan

Buku memancing juga ada bayangan jenis umpan yang menarik setiap jenis ikan dan kawasan memancing terbaik untuk menemukannya! Ini akan membantu anda mengetahui macam mana menangkap jenis ikan tertentu.

Perihalan Ikan

Ketik & tahan gambar ikan untuk membaca perihalan ringkas tentang jenis ikan yang berbeza.