Categories

Hay Day – Sambungan Tidak Stabil | Hay Day – Bahasa Melayu

Untuk bermain tanpa gangguan, adalah penting untuk anda bersambung kepada rangkaian yang boleh dipercayai dan isyarat peranti anda kuat. Bar WiFi atau liputan data mudah alih (selular) penuh sahaja tidak sentiasa mencukupi untuk menjamin sambungan stabil, kerana rangkaian setempat boleh menjadi perlahan dan terlebih beban pada masa-masa tertentu. Ini benar terutama jika anda bermain dalam kenderaan yang bergerak atau dalam pengangkutan awam bawah tanah.

Sama seperti sebarang perkhidmatan dalam talian lain, kami mengesyorkan anda bermain menerusi WiFi dengan penyedia perkhidmatan Internet yang baik atau sekurang-kurangnya sambungan 3G/4G stabil dengan pembawa yang boleh dipercayai.