Categories

Hay Day – Mengapakah saya disekat? | Hay Day – Bahasa Melayu

Kami berhak menyekat akaun yang melanggar Terma Perkhidmatan kami. Terma Perkhidmatan kami ini bacaan yang agak berat, jadi mari memudahkannya sedikit.

Salah satu sebab utama kami menyekat akaun adalah atas sebab kelakuan yang menimbulkan gangguan. Kami percaya semua orang patut mempunyai peluang untuk bermain permainan kami tanpa gangguan atas sebarang sebab. Ini bermaksud tiada perlakuan yang mengejutkan atau yang menyinggung perasaan pemain lain, tiada bahasa kesat, tiada topik seksual, politik atau agama yang akan merangsang emosi. Walapun perkara-perkara ini wujud di dalam masyarakat kita, permainan kita tidak benarkan ini!

Satu lagi sebab utama kami menyekat akaun ialah pemain kami mendapat kelebihan tidak adil. Permainan kami amat berdaya saing dan percubaan untuk mendapat kelebihan melalui permainan kotor seperti penggunaan perisian pihak ketiga, perkongsian akaun atau penipuan adalah tidak dibenarkan. Kami tidak akan bertolak-ansur dengan sesiapa yang mendapat kelebihan tidak adil terhadap pemain lain.

Perhatian: “Kelakuan menimbulkan gangguan” dan “mendapat kelebihan tidak adil” bukan sebab penyekatan yang anda akan nampak dalam pop timbul. Walau bagaimanapun, jika akaun anda disekat, ini adalah kerana salah satu kesalahan ini.

Untuk contoh sebab kami menyekat akaun, sila lihat senarai kelakuan tidak diterima kami.