
Anda mungkin mempunyai soalan tentang cara memastikan keselamatan anda atau anak-anak anda semasa bersambung ke permainan kami melalui peranti mudah alih anda. Perkara seperti had umur, pembelian dalam aplikasi dan privasi ialah kebimbangan yang wajar, jadi kami di sini akan memastikan anda akan mendapat sokongan yang diperlukan.
Untuk memastikan anda menikmati permainan Supercell dalam persekitaran yang selamat dan terkawal, kami berpegang pada prinsip yang sesuai untuk kami dan pengguna kami:
Kami menghormati pemain kami dan kami berusaha sedaya upaya demi menghasilkan permainan yang paling menyeronokkan. Kami tidak akan mengorbankan kualiti permainan bagi sebarang pertimbangan jangka pendek lain.Kami ingin anda menguasai sepenuhnya pengalaman anda dengan permainan Supercell. Ini bermakna sebelum anda atau anak anda memuat turun permainan kami, anda terlebih dahulu akan diberikan maklumat tentang kandungan permainan. Ini juga bermakna anda sepatutnya telah faham sepenuhnya sebelum anda membuat sebarang pembelian dalam permainan.
Jika anda atau anak anda mempunyai sebarang masalah dengan permainan kami, anda akan dapat mencari penyelesaian dengan cepat. Selain menyediakan panduan seperti ini, kami juga membantu anda menghubungi syarikat yang betul untuk masalah anda, sama ada berkaitan pembayaran (biasanya Google atau Apple, yang memproses pembelian dan bayaran balik) atau permainan itu sendiri (biasanya kami).
Teruskan membaca dan kami akan cuba menjawab soalan yang mungkin anda ada. Jika ada apa-apa yang kami terlepas, hantarkan emel kepada kami di parents@supercell.com. Dalam e-mel anda, pastikan anda memasukkan maklumat tertentu yang mungkin berguna, seperti apa yang berlaku dan bila ia berlaku, resit ID transaksi jika ada, tangkapan skrin yang berkaitan, dll.