Penjualan akaun melibatkan pengiklanan akaun permainan lanjutan dan mengumpan pemain yang ingin maju dengan janji yang hebat dan tidak realistik.
Menjual, membeli, berkongsi atau memberikan akaun permainan kepada pemain lain melanggar terma perkhidmatan kami dan tidak disokong Supercell.
Risiko bagi penjualan akaun ialah:
- Penjual mungkin mengambil wang anda dan tidak memberikan anda akaun
- Anda tidak pasti jika penjual akan terus menggunakan akaun tersebut
- Mereka mungkin menjual akaun yang sama kepada beberapa orang
- Status akaun tidak diketahui; mungkin bakal dikenakan sekatan kekal
- Akaun tidak akan dilindungi; Supercell tidak memberikan sokongan untuk akaun yang dikompromi
- JIka anda memilih untuk membelanjakan wang pada akaun tersebut, ia masih dalam risiko menerima penutupan kekal disebabkan pelanggaran Terma Perkhidmatan kami
Bantu mencegah amalan tidak elok ini dengan menolak penjualan akaun anda dan melaporkan mereka yang melakukannya!
Akibat salah laku:Kami tidak boleh menjamin keselamatan mana-mana akaun yang telah diserahkan daripada seorang pemain kepada pemain yang lain. Kami mempunyai hak untuk menyekat mana-mana akaun secara kekal yang telah dipindahkan antara pemain.