Skip to content

Clash of Clans-Jangan berkongsi data log masuk anda!-[COC Malay]

PENTING: Pastikan akaun anda selamat daripada penipuan dan penjenayah!
Dikenali sebagai “Godam”, ini hanya boleh berlaku jika pengguna lain memperoleh maklumat log masuk peribadi anda, jadi terpulang kepada anda untuk menjaga data anda secara berhemah.
Jika anda mengingati 3 peraturan ini, akaun anda akan terpelihara:
  1. Jangan sekali-kali berkongsi Game Center, Google Play ID dan kata laluan anda dengan sesiapa – termasuk kami! Pekerja Supercell TIDAK SEKALI-SEKALI akan meminta butiran log masuk anda.
  2. Elakkan log masuk ke akaun anda pada peranti orang lain. Dan jika anda benar-benar perlu berbuat demikian, jangan lupa untuk log keluar setelah anda selesai!
  3. Jika anda membeli mata wang dalam permainan, buat demikian melalui kedai dalam permainan sahaja. Kedai mata wang diskaun dalam talian berurus niaga dengan maklumat kad kredit dan akaun yang dicuri.