Skip to content

Clash of Clans-Memindahkan permainan anda ke peranti lain-[COC Malay]

Untuk memindahkan akaun anda ke peranti lain, pilih sistem pengendalian anda dan ikuti langkah-langkah berikut:
iOS > iOS (iPhone, iPad, iPod Touch)
1. Mengesahkan yang permainan anda dihubungkan ke akaun Game Center.
2. Log masuk ke Game Center yang sama pada peranti iOS anda yang lain.
3. Selepas memulakan permainan pada peranti anda yang lain, anda akan diminta memuatkan permainan anda yang disimpan.
Android > Android
1. Mengesahkan yang permainan anda dihubungkan pada Google Play.
2. Tambahkan akaun Google Play yang sama pada tetapan peranti anda yang lain (Pengguna > Tambah baharu).
3. Mulakan permainan, ketik “Log masuk ke Google Play” dan pilih alamat e-mel anda. Satu pop timbul akan mengesahkan pemindahan.
iOS > Android atau Sebaliknya
1. Pastikan permainan dipasang pada kedua-dua peranti, dan kedua-duanya ada pada anda.
2. Pilih ciri “Pautkan peranti” dalam tetapan dalam permainan, memilih “Pautkan peranti” pada kedua-duanya.
3. Ikuti arahan pada skrin untuk melengkapkan pemindahan.
PENTING: Ciri ini tidak boleh digunakan semula. Selepas menggunakan ciri “Pautkan Peranti”, permainan anda akan dihubungkan pada Game Center dan Google Play. Anda boleh menggunakan perkhidmatan tersebut untuk menghubungkan permainan anda ke peranti lain.