Adakah permainan anda kerap ranap? Adakah permainan memuat secara salah? Cuba petua penyelesaian masalah berikut:
- Pastikan anda memuat turun permainan dari Google Play Store. Kami tidak dapat mengesahkan keselamatan versi yang dimuat turun dari laman lain.
- Kosongkan memori peranti dengan menutup aplikasi latar belakang sedang berjalan yang tidak digunakan.
- Tingkatkan memori storan dengan menyahpasang aplikasi yang anda tidak perlukan lagi. Selain itu, cuba pindahkan (atau keluarkan) video dan gambar dari peranti anda.
- Sila ambil perhatian bahawa permainan kami paling sesuai dimainkan pada peranti yang memenuhi spesifikasi (minimum) berikut:
– 0.5 GB RAM (1GB atau lebih disyorkan) (Masuk ke Tetapan > Storan untuk menyemak GB tersedia)
– Android OS 4.0.3 or lebih (Masuk ke Tetapan > Tentang Peranti > Maklumat Perisian untuk mengesahkan OS)
– Resolusi skrin 800×480
Kini terdapat banyak peranti Android di pasaran yang beroperasi dengan berbeza antara satu sama lain. Sila rujuk manual peranti anda jika pelarasan tambahan diperlukan.