Skip to content

Clash of Clans-Apakah kampung baharu, Pangkalan Pembina?-[COC Malay]

Salam Sejahtera Ketua!

Bermula di Dewan Bandar 4, and boleh menyediakan Bot di pesisiran untuk pergi ke tempat yang jauh. Bersedialah untuk satu pengembaraan!
Kampung baharu, Pangkalan Pembina adalah serupa dengan kampung asal anda, tetapi anda mungkin akan lihat beberapa perbezaan:
  • Ia sentiasa waktu malam!
  • Trofi dan Sumber yang anda dapat dalam kampung asal tidak akan dipindahkan. Setiap Ketua mesti mula menempa nama sendiri dari awal di tempat baharu misteri ini.
  • Anda mungkin mengenali askar, tetapi mereka mempunyai Keupayaan Istimewa yang dibuka kunci apabila anda menaik taraf mereka.
  • Anda tidak perlukan apa-apa eliksir untuk melatih askar bagi pertempuran, hanya masa.
  • Sesetengah bangunan dan perangkap nampak serupa, tetapi mungkin berbeza dan menarik.
Cara baharu pertempuran!
Peraturan pertempuran adalah sedikit berbeza di kampung baharu. Ketua akan berhadapan satu lawan satu dalam Pertempuran Menentang, menyerang kampung sesama sendiri pada masa yang sama. Ketua yang mendapat skor peratusan kemusnahan tertinggi akan menang!
Beberapa butiran tambahan:
  • Anda akan serang pemain yang berada dalam talian dan pemain ini seterusnya akan menyerang anda.
  • Ketua dipadankan berdasarkan kiraan Trofi mereka di kampung baharu
  • Kalah pertempuran tidak bermakna anda hilang sumber, anda hanya hilang Trofi.
  • Sekiranya kedua-dua Ketua mendapat skor jumlah bintang yang sama dan peratusan kemusnahan yang sama bagi kampung lawan, keputusan adalah Seri dan kedua-dua pemain tidak menang apa-apa.
  • Anda tiada peluang untuk "Seterusnya" lawan yang dipadankan untuk anda
Ketua yang berkemahiran akan mengimangkan keupayaan serangan dengan keupayaan pertahanannya. Jangan lupa untuk terus membina susun atur dan pertahanan Pangkalan Pembina anda, serta menai taraf askar!

Manfaat bagi kampung asal anda
Di bawah adalah manfaat yang anda dapat daripada perkembangan di kampung baharu:
  • Anda boleh mendapat Permata daripada dua kampung dan membelanjakannya di mana-mana kampung. Bina lombong Permata dan hapuskan halangan untuk mendapat Permata.
  • Anda boleh Sediakan Teknologi bangunan dalam kampung asal untuk mendapat kelebihan daripada teknologi di Pangkalan Pembina.
  • Kongsi main semula pertempuran dengan Klan anda untuk berlagak dan membantu strategi
  • Memenangi Pertempuran Menentang juga akan membantu Klan anda mencapai kemasyhuran kerana ia memberi impak positif kepada kedudukan Klan anda di papan peneraju
Untuk butiran lanjut sila lawati blog Clash of Clans!