Peraturan pertempuran adalah sedikit berbeza di kampung baharu. Ketua akan berhadapan satu lawan satu dalam Pertempuran Berbalas, menyerang kampung sesama sendiri pada masa yang sama. Ketua yang mendapat terbanyak bintang menang!
Beberapa butiran tambahan:
- Anda akan serang pemain yang berada dalam talian dan pemain ini seterusnya akan menyerang anda.
- Ketua dipadankan berdasarkan kiraan trofi mereka di kampung baharu.
- Kalah pertempuran tidak bermakna anda hilang sumber, anda hanya hilang trofi. Hadiah yang anda menang bukan daripada pihak lawan.
- Sekiranya kedua-dua Ketua mendapat skor jumlah bintang yang sama dan peratusan kemusnahan yang sama, keputusan adalah seri dan kedua-dua pemain tidak menang apa-apa.
- Anda tiada peluang untuk menolak pihak lawan yang dipadankan untuk anda
Ketua yang berkemahiran akan mengimbangkan keupayaan serangan dengan keupayaan pertahanannya. Jangan lupa untuk terus membina susun atur dan pertahanan Pangkalan Pembina anda, serta menaik taraf askar!
Julat Ganjaran & Trofi
Untuk setiap kemenangan Pertempuran Berbalas, ketua akan mendapat ganjaran rampasan bergantung pada julat trofinya sendiri. Memperoleh lebih trofi akan membawa anda ke julat trofi yang lebih tinggi, yang akan memberi anda ganjaran rampasan yang lebih baik. Ganjaran rampasan semasa dan ganjaran julat trofi seterusnya boleh dilihat dengan mengetik ikon "i" dalam skrin Pertempuran Berbalas.
Apabila ketua memperoleh kemenangan ke-3, dia akan mendapat ganjaran rampasan bonus. Teks "Bonus 3 Kemenangan" menunjukkan jumlah rampasan diperoleh daripada kemenangan ke-3.
Masa menunggu Ganjaran Rampasan
Selepas mendapat 3 kemenangan, pemasa 22 jam akan bermula sebelum ganjaran rampasan untuk kemenangan tersedia lagi.
Apabila ganjaran rampasan tersedia lagi, pemasa 22 jam baharu akan bermula di latar belakang. Pemasa ini mula hitung walapun anda sedang berusaha mendapat 3 kemenangan. Apabila pemasa ini mencapai “sifar”, ganjaran rampasan akan tersedia lagi.
Jika pada masa ini anda sedang berusaha mendapatkan 3 kemenangan, sebaik sahaja anda mendapatnya, anda akan serta-merta dapat memperoleh rampasan untuk 3 kemenangan lagi. Tetapi, anda hanya boleh ada 2 "tindanan" 3 kemenangan untuk mendapatkan rampasan. Selepas itu, anda akan perlu menunggu 22 jam lagi.