Untuk setiap pertempuran Perang Klan yang anda menang, anda berpeluang mendapat bonus kemenangan perang. Bonus kemenangan perang boleh dikumpul dari Istana Klan apabila Perang Klan tamat. Istana Klan boleh menyimpan jumlah sumber yang terhad sahaja, jadi jangan lupa untuk mengumpul bonus anda dengan kerap. Anda akan kehilangan sebarang bonus yang tidak muat ke dalam peti simpanan istana.
Untuk mendapatkan bonus sepenuhnya, klan anda perlu memenangi Perang Klan. Jika klan anda kalah atau seri, bonus anda akan dikurangkan dengan banyak. Biarpun anda tidak memenangi sebarang pertempuran dalam peperangan, anda masih boleh terima bonus kemenangan perang kerana ia dikira berdasarkan peratusan kerosakan serangan anda.
Sumber yang disimpan dalam Istana Klan tidak dilindungi sepenuhnya daripada serangan pemain lain — sebahagian bonus yang tidak dikumpulkan masih boleh dirampas. Juga, jangan lupa bahawa bonus kemenangan perang tidak dikira dalam pencapaian ‘Pengumpul Harta Karun’ sehingga telah dikumpulkan dari Istana Klan.
Selain daripada bonus, terdapat juga rampasan yang anda boleh serang dengan serta-merta daripada Pangkalan Perang musuh anda. Ini biasanya hanya sejumlah kecil dibandingkan dengan bonus kemenangan perang, tetapi, dengan serta-merta ditambah pada simpanan biasa anda tidak kira sama ada anda memenangi pertempuran atau perang.