Skip to content

Boom Beach-Saya kehilangan pangkalan saya! Apakah cara mendapatkannya semula?-[Boom Beach Malay]

Jika anda kehilangan akses pada pangkalan anda dan anda tidak boleh mendapatkannya semula melalui Game Center atau Google Play, sila hantar permintaan bantuan ke Sokongan Pemain Boom Beach kami.
Sebelum anda menghantar mesej kepada kami, pastikan permainan baharu anda disambungkan ke akaun Game Center atau Google Play unik anda sendiri dan kemudian tolong sertakan maklumat berikut dalam mesej anda, agar kami boleh mengesan pangkalan anda yang hilang itu:
  • Nama dalam permainan anda
  • Tahap pengalaman anda
  • Tahap Ibu Pejabat anda
  • Nama Pasukan Petugas anda (jika anda sertai)
PENTING: Jika anda pernah melakukan pembelian mata wang dalam permainan pada akaun yang hilang itu, pastikan anda menyertakan resitpembelian itu dalam mesej anda! Tanpa resit kami tidak boleh mendapatkan semula akaun anda yang hilang!

Pasukan kami mungkin menghubungi anda kembali selepas beberapa jam kerana kami menerima banyak mesej setiap hari. Bersabarlah Komander!