Skip to content

Boom Beach-Mengapakah permainan memadankan saya dengan pemain melebihi tahap XP saya?-[Boom Beach Malay]

Sistem padanan lawan pemain berdasarkan jumlah Mata Kemenangan dan juga dalam kes tertentu berdasarkan tahap Ibu Pejabat anda.
Jika anda berada pada hujung VP lebih rendah, terdapat peluang lebih tinggi yang anda akan dipadankan berdasarkan tahap VP+HQ. Dengan mengambil kira tahap Ibu Pejabat, sistem cuba memastikan anda dan lawan anda berada lebih kurang pada tahap keupayaan yang sama (dari segi serangan & pertahanan).
Jika anda berada pada hujung VP lebih tinggi, padanan akan berdasarkan VP sahaja. Oleh sebab itu, selepas skor VP tertentu, pemain biasanya mempunyai tahap HQ yang sama atau malahan lebih.
Seperti biasa, sudah tentu terdapat pengecualian. Masih terdapat kemungkinan anda dipadankan dengan pemain dengan beberapa tahap HQ lebih tinggi daripada anda, tetapi itu jarang berlaku.
Jika lawan nampaknya tidak dapat dikalahkan atau tidak memberikan rampasan yang baik, anda boleh menukar lawan selepas tempoh tertentu.
Apabila pangkalan pemain berada pada peta anda buat sementara waktu, tanda “!” kecil di sebelah avatar akan kelihatan. Tanda ini menunjukkan bahawa pilihan “ Cari lawan baharu” kini tersedia. Pilihan ini membolehkan anda menukar pemain sedia ada dengan lawan baharu.
Walau bagaimanapun, jangan lupa bahawa tiada jaminan yang anda akan mendapat lawan lebih mudah!