Semua galakan tugu akan berhenti seketika apabila permainan diselenggara. Apabila penyelenggaraan selesai, galakan akan diteruskan dan kami akan menambah 10 minit kepadanya bagi memastikan anda tidak kehilangan sebarang masa galakan.
Kami sentiasa cuba mengumumkan penyelenggaraan seawal dan kepada seramai pemain yang mungkin. Perhatikan pengumuman di dalam permainan dan terus bersama saluran media sosial kami ( Twitter, Facebook, Forum) agar sentiasa termaklum.
Kami tahu adalah amat menjengkelkan apabila permainan tidak dapat dibuka, tapi penyelenggaraan adalah penting untuk memperbaiki isu-isu kritikal dan memastikan perkhidmatan adalah selancar yang mungkin. Biasanya ini tidak dapat dielakkan dan ada kalanya perlu dilakukan cepat.
Komander, terima kasih kerana memahami dan teruskan bermain Boom!