Skip to content

Boom Beach-Soalan Lazim Pembina Pangkalan Pengawal Hitam-[Boom Beach Malay]

Macam mana saya melaporkan sebuah pangkalan?
Melapor dengan mengklik butang ‘melapor’ di laman pangkalan tertentu dan mengisikan borang penggesa.


Adakah saya akan menerima sumber dalam permainan selepas menguji pangkalan?
Tidak. Ini sifat tamak. Jika sebuah pangkalan dipilih untuk diletakkan ke dalam permainan, pengguna lain mungkin akan berpeluang menyerangnya, dan pada masa itu, jika mereka menang, mereka akan dapat sumber sebagai ganjaran.

Mengapa rangka di dalam galeri ada dalam warna berbeza?
Perak bermaksud pangkalan belum lagi dipilih untuk dimasukkan ke dalam permainan – pastikan anda mengundi! Apabila pangkalan dipilih untuk dimasukkan ke dalam permainan, warna rangkanya akan bertukar kepada emas dan selepas itu akan dipindahkan ke galeri Dewan Kegemilangan. Rangka hitam bermaksud pangkalan belum dipaparkan lagi.
Apa yang akan saya dapat jika pangkalan saya dipilih untuk dimasukkan ke dalam permainan?
Hak untuk bermegah-megah, kemasyhuran, kasih sayang daripada komuniti… Benda-benda seperti itu! Kandungan anda akan berada di dalam permainan! Hebat, kan?! Ada kalanya, kami mungkin akan mengganjari anda dengan sumber dalam permainan. Teruskan bersikap jahat.
Mengapa tak dapat saya membina semua bangunan yang saya boleh dalam permainan?
Memandangkan pembina seperti anda, membina pangkalan untuk Lt. Hammerman, anda akan dapat mengakses bangunan yang sama seperti dia. Keadilan.
Bagaimana proses pemilihan untuk Dewan Kegemilangan dijalankan?
Jika pemain lain menyukai pangkalan anda, khabar angin mungkin akan sampai ke Lt. Hammerman! Dia sibuk sangat dengan persediaan minggu fesyen sekarang, tetapi, apabila dia kembali, dia akan dapat membuat keputusan terakhir.
Macam mana bangunan saya akan menjejaskan tahap pertahanan sesebuah pangkalan?
Soalan baik! Malah kami pun tidak tahu. Nampaknya ini suatu misteri besar! Tetapi, saya rasa si Penyu tahu, dia tahu semuanya!
Bolehkah saya pilih nama pengguna dalam permainan?
Ya, tetapi ingat, nama tidaklah unik.
Adakah saya perlu melog masuk untuk menguji sebuah pangkalan ?
Tidak. Ini dunia bebas!
Macam mana boleh saya teg pangkalan saya?
Pengetagan adalah sebahagian proses pemaparan.
Macam mana boleh saya menghantarkan pangkalan saya untuk pertandingan?
Untuk menghantarkan pangkalan anda untuk pertandingan, pastikan anda teg pangkalan anda dengan nama pertandingan pilihan anda. Semoga berjaya, komander!
Berapa kerap akan adanya pertandingan baharu?
Hanya Penyu yang tahu.
Macam mana boleh saya tukar nama pangkalan saya?
Nama hanya boleh ditukar sebelum pemaparan, dengan mengklik pada nama pangkalan di sudut sebelah atas bahagian kiri pembina atau melalui proses pengeposan yang kerap.

Macam mana saya menyimpan pangkalan?
Pastikan anda mendaftar diri dan melog masuk bagi memastikan perkembangan anda disimpan secara automatik!
Pangkalan saya tidak menyinggung perasaan tetapi masih dilaporkan – apa patut saya lakukan?
Semak peti masuk anda untuk emel bagi mendapatkan arahan selanjutnya! Kami akan memberi anda pautan ke borang sokongan praisi Helpshift.
Saya menghadapi kesukaran menggunakan alat Pembina
Sila lihat bahagian BBB dalam forum rasmi kami!