Pada permulaan permainan, setiap pemain menggunakan nama lalai “Komander”.
Setiap orang mempunyai dua peluang untuk menukar nama mereka dalam permainan:
- Anda boleh menukar nama awal apabila menaik taraf Radar ke tahap 2.
- Selepas anda telah menetapkan nama anda semasa menaik taraf Radar ke tahap 2, anda boleh menukar nama anda SEKALI dengan pergi ke tetapan > akaun > tukar nama.
Selepas anda telah menukar nama melalui ciri tetapan, anda TIDAK boleh menukar nama lagi. Jadi pilih dengan baik, ini peluang terakhir anda untuk memilih nama.
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan semasa memilih nama:
- Jangan sekali-kali menggunakan nama penuh sebenar anda – fikirkan tentang privasi anda!
- Cuba jadi unik – sekiranya anda kehilangan akses pada akaun anda, mungkin sukar untuk kami mendapatkan semula akaun anda jika anda menggunakan nama yang biasa seperti “ahmad”
- Penggunaan emoji tidak disokong sepenuhnya oleh semua peranti dan mungkin mengakibatkan ralat! Oleh itu kami tidak menggalakkan penggunaan emoji dalam nama.
Faham, Komander?