Grenadier dibuka kunci di HQ tahap 16. Dia ialah unit berjulat yang besar dan berkuasa yang menyebabkan kerosakan kawasan – tetapi agak tidak tepat!
Ketepatannya bertambah baik apabila dia semakin dekat dengan sasaran, jadi jika anda ingin Grenadier memusnahkan sesuatu dengan cepat, nyalakan Suar untuk membawanya menghampiri sasaran. Namun perlu diingatkan, jika anda membawa mereka terlalu dekat dengan sasaran, mereka mungkin saling memusnahkan akibat percikan kerosakan grenad mereka.
Jika anda menyerang dengan Grenadier sahaja anda perlu berhati-hati untuk mengelakkan kehabisan masa! Jika anda menggabungkan Grenadier dengan askar lain anda perlu b erhati-hati tentang dia berada di depannya kerana mereka mungkin terperangkap dalam tembakan kawan!