Anda boleh mendapat Mata Pengalaman dengan menaik taraf bangunan atau askar anda dalam Gudang Senjata atau dengan pembinaan baharu.
Ketik bulatan biru di sudut sebelah kiri atas skrin anda untuk melihat jumlah Mata Pengalaman anda dan jumlah yang anda perlukan untuk mencapai tahap seterusnya.
Anda memerlukan jumlah mata XP tertentu untuk dapat menaik taraf Ibu Pejabat anda ke tahap seterusnya. Ini kerana kami tidak mahu pemain menggesa HQ mereka ke tahap tinggi dan membiarkan semua bangunan lain serta askar mereka di tahap rendah kerana itu akan memberi kesan negatif pada pengalaman permainan anda.