Makmal Senjata dibuka kunci di HQ tahap 15 dan membenarkan anda menyediakan Senjata Pertahanan yang berkuasa tetapi tidak stabil. Untuk mencipta senjata ini anda memerlukan Modul Prototaip.
Anda mendapat modul itu dengan
- Memusnahkan Kilang Perang Kolonel Gearheart
- Berjaya bertahan melawan Lt. Hammerman
- Menghantar Kapal Selam anda untuk suatu misi
- Memusnahkan lawan di Kepulauan anda
Sila ambil perhatian bahawa peluang untuk menemui Modul ini daripada pertempuran biasa adalah sangat kecil. Jadi askar anda perlu berlawan dalam banyak pertempuran untuk mencaribarangan nadir ini.
Bergantung pada tahap Makmal Senjata anda, anda boleh meletakkan sama ada satu atau dua senjata di pangkalan anda pada satu masa. Berwaspada, senjata itu takkan bertahan selamanya! Ia akan musnah sendiri selepas 7 hari.