Bot Pembedil ialah salah satu aset terpenting anda dalam pertempuran. Ia menyediakan sokongan tembakan dan bekalan medan peperangan kepada askar anda. Bergantung pada tahapnya, ia menawarkan kepada anda beberapa item senjata yang berbeza: Artileri, Suar, Medkit, Bom Renjatan, Bedilan, Adang Asap dan Makhluk.
Bot Pembedil anda mempunyai jumlah tertentu kuasa tembakan yang boleh anda temui dengan mengetik butang maklumat kecilnya. Apabila anda menembak senjata, kuasa tembakan anda berkurangan. Jumlah kuasa tembakan yang digunakan oleh setiap item ditandakan dengan ikon kecil untuk item tersebut.
Perlu diingat bahawa untuk setiap bangunan yang anda musnahkan, anda mendapat 3 mata kuasa tembakan. Jadi anda perlu berfikir secara strategik!
Akhir sekali anda boleh menaik taraf senjata Bot Pembedil anda dalam Gudang Senjata manakala menaik taraf Bot Pembedil anda akan meningkatkan kuasa tembakannya.