Skip to content

Boom Beach-Saya memenangi pertempuran tetapi semua askar saya hilang?-[Boom Beach Malay]

Ini boleh berlaku apabila anda kehilangan sambunganke pelayan permainan di pertengahan pertempuran. Pertempuran anda telah bermula, tetapi sebelum anda mengatur kedudukan semua askar, sambungan anda telah hilang.
Untuk mengelakkan permainan dimuatkan semula pada setiap gangguan kecil, terdapat tempoh penimbal singkat. Ini bermakna apabila sambungan hilang, peranti anda mempunyai beberapa saat untuk menyambung semula ke pelayan kami, pada masa itu anda masih boleh memberi arahan. Jika peranti anda menyambung semula, segalanya dalam keadaan baik. Jika tidak, permainan akan menggesa anda untuk memuat semula.
Akibat kelewatan ini, keputusan yang anda lihat pada skrin anda dan keputusan yang anda lihat selepas memuat semula permainan (klik butang “kembali”) mungkin berbeza sepenuhnya.
Pelayan permainan hanya akan mendaftar askar yang anda telah atur kedudukan sebelum kehilangan sambungan dan akan bermain pertempuran sehingga tamat tanpa pimpinan anda. Bergantung pada kesukaran lawan anda, ini mungkin membawa kepada kekalahan.
Walau pun tidak semua, kebanyakan Komander telah mengalami perkara ini sekurang-kurangnya sekali dan kami memahami kekecewaan anda.
Sebelum memulakan serangan penting, dapatkan sambungan rangkaian wifi yang stabil sekurang-kurangnya sambungan 3G/4G stabil dengan pembawa yang boleh dipercayai. Bar wi-fi penuh atau liputan sahaja tidak sentiasa mencukupi untuk menjamin sambungan yang stabil kerana rangkaian setempat boleh menjadi perlahan dan terlebih beban pada masa-masa tertentu. Ini benar terutama jika anda bermain dalam kenderaan yang bergerak atau dalam pengangkutan awam bawah tanah.