Boom Beach memerlukan akses Internet untuk menyediakan permainan berbilang pemain dan kandungan sosial pada pengalaman permainan anda (cth. pemain lawan dan Pasukan Petugas), serta keupayaan untuk bermain secara langsung dengan seluruh komuniti Boom Beach.
Untuk pengalaman bermain tanpa gangguan, pastikan anda disambungkan ke rangkaian yang boleh dipercayai dan isyarat peranti anda adalah kuat. Kami mengesyorkan untuk bermain menggunakan Wi-Fi atau sekurang-kurangnya sambungan 3G/4G yang stabil.
Jika sambungan terputus semasa pertempuran, permainan akan cuba merangsang pertempuran itu, yang mana akan menimbulkan percanggahan dalam log pertempuran dan main semula.