Skip to content

Boom Beach-AMARAN! Jangan dekati Tapak Memancing Data-[Boom Beach Malay]

Dari semasa ke semasa, anda mungkin menyedari ada orang menawarkan Klan anda Permata percuma, Kad Legenda, Eliksir, Pembina, TV, aiskrim, kasut, kucing…. anda juga mungkin menyedari ia satu penipuan!
Mereka ini cuba menipu pemain untuk berkongsi data peribadi, seperti akaun dan kata laluan e-mel.
Selain itu, kebanyakan tapak ini mengandungi pelog kekunci, Trojan dan virus yang anda tahu tidak bagus untuk privasi dan keselamatan peranti anda!
Kami tidak mahu anda terjerat dalam perangkap ini dan menyeru anda untuk menjauhkan diri daripada tapak seperti ini. JANGAN SESEKALI berkongsi data sensitif anda dengan sesiapa sahaja. Jangan kongsi termasuk dengan Supercell – penyamar kakitangan merupakan penipuan yang biasa. Pekerja Supercell yang sebenar tidak sesekali meminta kata laluan anda.
Jika anda fikir anda menjadi mangsa serangan memancing data, tukar kata laluan e-mel anda serta-merta dan hubungi bahagian sokongan penyedia e-mel anda.
Baiklah – tetapi, apakah yang Supercell akan buat tentang hal ini?
Kami tahu hal ini suatu masalah – bukan sahaja kerana keselamatan, tetapi juga kerana anda tidak mahu melihatnya dalam bual.
Kami jamin yang kami sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini. Pada masa sama, sila berwaspada dengan penipuan!