Skip to content

Boom Beach-Saya ingin memadamkan akaun saya!-[Boom Beach Malay]

Saya tidak mahu bermain lagi:
Komander! Jangan tinggalkan askar anda! Kami akan berasa kesal melihat anda meninggalkan komuniti Boom Beach tetapi jika anda benar-benar ingin berbuat demikian, anda cuma perlu memadamkan Aplikasi ini daripada peranti anda.
Pelayan permainan kami tidak mempunyai akses pada sebarang maklumat peribadi atau persendirian mengenai pemain dan tiada maklumat sensitif yang disimpan oleh Supercell, jadi anda tidak perlu bimbang tentang privasi anda.
Saya ingin memulakan permainan Boom Beach baharu:
Memadamkan akaun ini tidak membolehkan anda mencipta akaun baharu memandangkan permainan ini disimpan secara setempat dalam peranti anda dan tidak boleh ditulis ganti. Anda boleh memulakan permainan baharu pada mana-mana peranti baharu yang tidak pernah digunakan untuk bermain Boom Beach sebelum ini.
Jika anda rasa tersekat dalam permainan dan mengalami masalah untuk berkembang, cuba susun semula pangkalan anda dan cipta lebih banyak tugu untuk pertahanan yang lebih baik atau cuba terokai lebih banyak kawasan untuk mencari lawan baharu. Anda sudah cuba menyertai Pasukan Petugas? Ia dibuka kunci di Ibu Pejabat tahap 6.
Saya digesa untuk memuatkan satu permainan berbeza:
Jika Game Center atau Google Play menggesa anda untuk memuatkan akaun berbeza, itu bermaksud peranti anda telah disambungkan ke akaun Google Play/Game Center yang lain.
Semak tetapan peranti anda untuk melihat akaun yang anda log masuk dan cuba menukarnya. Jika itu tidak membantu, hubungi bahagian sokongan kami dengan maklumat terperinci tentang pangkalan anda.