Skip to content

Boom Beach-Bagaimana boleh saya membatalkan langganan?-[Boom Beach Malay]

Anda boleh menghentikan langganan daripada berulang dengan membatalkannya pada bila-bila masa. Menghentikan langganan bermakna anda akan terus memiliki Pembina Tambahan dan/atau Rizab tak habis-habis di pangkalan anda untuk tempoh masa yang telah anda bayar, tetapi, langganan tidak akan berlaku secara automatik pada bulan seterusnya.

Arahan untuk Android:

1) Log masuk ke Google Play di sini.

2)Cari langganan Boom Beach dan ketik atau klik Urus.

3) Pilih ‘Batalkan langganan’.

Jika anda memerlukan bantuan lagi, sila lihat Pusat Bantuan Google.

Arahan untuk iPhone and iPad:

1) Pergi ke Tetapan > iTunes & App Store

2) Ketik ID Apple di bahagian atas skrin. Kotak dengan pilihan akan muncul.

3) Ketik “Lihat ID Apple”. Anda mungkin perlu mendaftar masuk atau menggunakan Touch ID.

4) Ketik “Langganan” dan ketik pada langganan Boom Beach.

5) Di bahagian bawah paparan, pilih ”Batalkan langganan”

Jika anda tidak dapat menemui langganan dalam tetapan, ketik pautan ini pada iPhone atau iPad anda: https://buy.itunes.apple.com/WebObjects/MZFinance.woa/wa/accountSummary

Jika anda memerlukan bantuan selanjutnya atau inginkan arahan untuk membatalkan langganan pada Mac, sila lihat https://support.apple.com/en-us/HT202039