Rampasan penting untuk berkembang dalam permainan dan membangunkan pangkalan anda lagi! Jadi ia menjadi rebutan.
Tetapi bagaimana rampasan sebenarnya dikira, apabila…
…anda menjadi penyerang:
- Apabila anda menyerang pemain lain, rampasan yang anda dapat bergantung pada jumlahsumbertidak dilindungi yang dimiliki pemain di pangkalannya apabila anda meninjau pangkalannya buat kali pertama
- Rampasan yang ada di pangkalan musuh tidak berubah selepas peninjauan pertama, walaupun jika anda menunggu berjam-jam atau berhari-hari
- Jika pemain mempunyai sumber yang sangat sedikit atau tiada sumber di pangkalan mereka pada masa peninjauan, anda masih mendapat rampasan minimumyang dikira oleh pelayan berdasarkan tahap XP anda dan lawan anda
…jika anda yang diserang:
- Apabila anda diserang, sumber anda yang hilang bergantung pada jumlah sumber tidak dilindungi yang anda di pangkalan anda pada masa anda diserang
- Ini bermakna, sumber anda yang hilang dan rampasan yang penyerang perolehi mungkin tidak sama
Apakah makna “tidak dilindungi” / Bagaimana Bilik Kebal berfungsi?
- Bilik Kebal melindungi semua sumber yang ada di dalamnya serta peratusan tambahan sumber yang ada di luarBilik Kebal (peratusan bergantung pada tahap Bilik Kebal). Semua benda lain boleh dirampas pada bila-bila masa.
- Pengecualian: sumber dari bot Penduduk Tempatan tidak boleh dirampas. Namun begitu, bot mempunyai kapasiti maksimum, jadi pastikan anda mengumpulnya dengan kerap.
Faham, Komander?