Kapal Selam tersedia daripada Ibu Pejabat tahap 9, dan boleh ditemui dalam bahagian “Sokongan” dalam kedai anda. Selepas anda telah mencapai Radar tahap 5, anda akan dapat mencari lokasi penyelaman pada peta anda. Anda boleh menggunakan kenderaan boleh tenggelam versatil ini untuk mengambil sumber dari bawah permukaan air. Lokasi penyelaman ditandakan dengan boya kuning kecil.
Lebih jauh anda daripada pangkalan utama anda, tapak penyelaman menjadi lebih dalam dan memberi lebih ganjaran.
Tapak penyelaman saya hilang!?
Setiap lokasi penyelaman mempunyai bilangan penyelaman yang terhad tersedia dan sebaik sahaja penyelaman habis digunakan, lokasi akan hilang. Cth. jika tapak penyelaman mempunyai 4 harta karun tetapi 3 penyelaman sahaja, lokasi penyelaman hilang selepas penyelaman ketiga telah digunakan! Jumlah sasaran dan penyelaman berbeza dari tapak ke tapak. Anda boleh melihat bilangan penyelaman di sudut sebelah kiri atas skrin.
Sasaran penyelaman dikelabukan?!
Jika sasaran penyelaman dikelabukan mungkin itu bermakna Kapal Selam anda sedang menyelam di tempat lain dan anda perlu menunggu misi itu selesai sebelum boleh menghantar Kapal Selam untuk misi baharu.
Punca lain sasaran penyelaman dikelabukan mungkin kerana lokasi itu terlalu dalam untuk Kapal Selam anda. Naik taraf kapal selam anda untuk mendapatkan penyelaman dalam yang memberikan lebih banyak ganjaran.
Saya tak jumpa tapak penyelaman baharu!
Lokasi penyelaman terbaru takkan muncul jika anda sudah mempunyai lebih daripada dua yang tersedia, tetapi anda mungkin menemui lebih banyak lokasi dengan menerokai kawasan baharu pada peta!
Lebih sedikit lokasi penyelaman yang anda ada, lebih besar peluang untuk lokasi anda muncul semula; tiada lokasi memberikan anda peluang paling besar keseluruhan.
Walau bagaimanapun, lokasi penyelaman boleh mengambil beberapa hari atau malah minggu untuk muncul semula.
Masih keliru dengan cara Kapal Selam berfungsi? Jangan risau lagi dan tonton Video Tutorial kami:
Semoga pemburuan anda berjaya, Komander!