Pengurangan dibuat untuk mengelak “ perbankan”.
Jika seseorang boleh membatalkan naik taraf pada bila-bila masa, mendapatkan semua kayu, batu atau besi semula, maka sumber tersebut (mungkin berjuta) akan terus kekal tersembunyi sepenuhnya daripada pihak lawan dalam tempoh masa itu.
Dengan teknik ini, pemain boleh menyembunyikan rampasan daripada penyerang selama yang mereka inginkan tanpa sebarang akibat, mereka boleh dapatkan sumber semula apabila mereka mahu. Oleh sebab itu, hanya separuh kos naik taraf dikembalikan jika anda batalkan.
Jika anda menggunakan permata untuk naik taraf, permata itu dengan serta-merta ditukarkan menjadi jenis sumber yang diperlukan (kayu/batu/besi) untuk memulakan naik taraf. Oleh kerana sumber tidak boleh ditukar kembali menjadi permata maka bayaran balik juga akan dibuat dengan sumber.
Kami telah menambah lapisan pengesahan untuk memastikan apabila pemain membuat naik taraf, mereka ditanya sekali lagi jika mereka pasti itu yang mereka mahukan. Perkara yang sama berlaku apabila anda membatalkan naik taraf.